Wednesday, October 24, 2018

The draft of TSA constitution which has not approved by ROS



Fasal 1
PERSATUAN PENGAKAP TROPIKA (TROPIKA SKOLTA ASOCIO)



Fasal 2
Tempat Urusan
(1)        Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
             
            17A JALAN SS1
14100 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
             
            dan alamat untuk surat-menyurat adalah
             
            17A JALAN SS1
14100 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
             
            atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat;
             
(2)        Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Fasal 3
Matlamat
1. Mengendalikan aktiviti untuk orang ramai tua dan muda untuk meninggatkan pengetahuan hobi yang dipilih oleh pertubuhan ini.
2. Menjalani kegiatan amal masyarakat di Malaysia atau di antarabangsa.
3. Menganjurkan kursus latihan untuk ahli pertubuhan sendiri atau orang awam di Malaysia atau dari antarabangsa.
4. Berganding tangan dengan pertubuhan negara dan antarabangsa untuk mengendalikan program yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia, program dari UNESCO akan diutamkan oleh kerana UNESCO mengiktiraf Bahasa Esperanto sebagai bahasa antarabangsa rujukan resolusi 1954 dan 1985. Manakala United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) juga telah melulus Deklarasi Manila 1980 dan mengesyorkan bidang pelancongan menggunakan Bahasa Esperanto untuk meningkatkan pentadbiran.
Fasal 4
Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
1: Ahli Biasa

a: kewarganegaraan: Malaysia

ii. Umur Minima :  18 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Negeri Pulau Pinang

iv. Keturunan/Bangsa : Semua keturunan

v. Jantina : Semua Jantina

vi. Agama : Semua Agama

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Rakyat Malaysia dari negeri lain di Malaysia

B. Ahli Bersekutu
 
i. Rakyat Malaysia bukan penduduk negeri Pulau Pinang
ii.Pengakap Esperanto dari negara lain di dunia
C. Ahli Kehormat

Ahli pertubuhan Tropika Skolta Asocio yang telah membuat jasa kepada Malaysia atau di dunia

D. Ahli Seumur Hidup

Ahli yang membayar yuran ahli kepada Tropika Skolta Aosico genap 10 tahun.

E. Ahli Remaja

Rakyat Pulau Pinang berumur 14 tahun ke 18 tahun.
2. Setiap  permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.

3. Setiap pemohonan telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, membayar bayaran masuk dan yuran pertama bulan maupun pertama tahun seperti yang ditetapkan, hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah menjalani tugas sebagai ahli.

Fasal 5
Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 (dua) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan
itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.



Fasal 6
Sumber Kewangan
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk :
RM10  (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

2. Yuran Tahunan :
(a) Ahli biasa --RM24 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Sahaja)
(b) Ahli Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas --RM12 (Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja)
(c) Ahli Remaja--RM6 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja)

a. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap tahun.

b. Yuran seumur hidup : Ahli biasa yang genap 10 (sepuluh) tahun akan layak memilihan menjadi ahli seumur hidup atau mahupun teruskan sebagai ahli biasa dan menjalani tugas sebagai ahli biasa.

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu ( 1 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran .

3. Sumbangan

Derma dari ahli pertubuhan, orang awam atau pertubuhan antarabangsa
4. Kegiatan Ekonomi

Menganjurkan kursus,seminar atau menjalani kelas tutorial universiti tempatan atau antarabangsa
Fasal 7
Mesyuarat Agung
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;

b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;

c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)

d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 20 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.





Fasal 8
Jawatankuasa
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Seorang Penolong Bendahari
Tujuh (7)  orang ahli jawatankuasa biasa untuk mengenalikan aktiviti pertubuhan ini seperti menjalani ujian untuk rencana kebolehan; menganjuri perkhemahan dan jambori dan lain lain kegiatan dirancang oleh pertubuhan ini. Wakil dari golongan OKU: 4 orang. Mereka terdiri daripada golongan (a) cacat penglihatan (b) cacat pendengaran (c) kedir (d) roda kerusi. Sekiranya korum dari golong OKU tidak mencukupi, maka tempat korum OKU akan digantikan oleh ahli biasa dari pertubuhan ini.
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Sesuatu jawatan tidak boleh dipegang oleh seseorang ahli lebih 2 (dua) penggal, kesemuanya 4 (empat) tahun. Bagaimanpun individu yang berkenaan boleh memegang jawatan lain di Pertubuhan ini. Kekosongan jawatan akan diisikan oleh ahli lain. Matlamat ini  untuk memberi peluang melatih lebih banyak pemimpin Pertubuhan ini. Pengerusi pertubuhan ini boleh dilantih sebagai penasihat pertubuhan setelah tidak ingin bertanding jawatan lain  di Pertubuhan ini.
4. Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan akan membuat keputusan atas perkara-perkara tentang perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya pada
tahun yang lalu di Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 (empat) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa dengan mengedarkan surat pekeliling. Syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:

a. Masalah yang dibangkitkan hendaklah dibutirkan dengan terang dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

c. Keputusan hendaklah berdasarkan pada undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.

7. Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua yang mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan.


9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Jawatankuasa boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah,senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
12. Ahli politik dari mana-mana parti politik tidak dibenarkan memegang sebarang jawatankuasa di pertubuhan ini, tetapi mereka diizinkan menjadi ahli biasa.

Fasal 9
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.

Fasal 10
Kewangan
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.



5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap
salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari tarikh diluluskan oleh ROS.
Fasal 11
1. Dua ahli yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agung DwiTahun sebagai Juruaudit. Mereka yang
memegang jawatan selama 2 (dua) tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi.
Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan
tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.

Fasal 12
Pentadbir Harta
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya
berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang
jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui
sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan
meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

Fasal 13
Tafsiran Pelembangan Pertubuhan
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
Fasal 14
Penasihat dan Penaung
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
Fasal 15
Larangan
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja
1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan
untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana
ahli atau pekerja Pertubuhan.

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

Fasal 16
Pindaan Perlembangan
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Fasal 17
Pembubaran
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.


No comments:

Post a Comment